Thursday, 26 January 2017

Pada takdir aku redha

Terimbas kembali kisah lalu yang membawa diri ini berdiri di sini pada hari ini. Pernah hidup jauh dari Dia. Dalam keseronokkan menjalani hidup yang tidak berpaksikan ajaranNya, dalam diam hati meronta mencari cahaya. Terasa iman terseksa. Kemahuan untuk berhijrah terpendam lama. Terkadang hasratnya bangkit membara. Adakalanya, merudum ke dasar paling dalam. Mungkin kerana persekitaran yang tidak mengizinkan maka hati kata mahu tapi belum bersedia untuk memulakan langkah. Bertahun-tahun diri tercari-cari sesuatu yang 'kosong' pada jiwa. Apa sebenarnya yang ada pada kekosongan itu. Hati terpanggil untuk membaca blog kisah-kisah manusia yang sudah berhijrah. Menambah rakan facebook yang banyak post nasihat dan tentang ilmiah. Hingga suatu saat diri benar-benar sedia untuk berubah. Dahulunya takut dan malu pada pandangan manusia sekeliling, tapi waktu itu sudah berani dan bersedia dengan apa jua risiko dan persepsi mereka. Ada yang menyokong. Alhamdulillah. Ada yang memandang enteng pada permulaan penghijrahan. Dan bermulalah satu-satu tomahan dan segala fitnah. Hilang kawan hilang segala. Kawan selama katanya. heh. Hanya mampu tersenyum. Pada siapa lagi harus ku bergantung selain pada Dia? Yang Maha Kuasa.

Bertahun aku harungi. Hingga rasa aku sudah mampu untuk berdiri pada kaki sendiri. Tanpa mengharapkan manusia lain yang terkadang mahu menolong. Menolong menjahannamkan hidupku. Percayanya pada manusia tiada. Siapa saja yang mendatang, akuu cuma mampu berlalu dengan bersahaja. Tiada semangat 'persahabatan' sepertimana suatu tika dahulu. Kalau mahu stay, just stay. Kalau mahu pergi, silakan. Tiada halangan. Tiada pujukan. Tiada rayuan. Perasaan yang pernah dipersia, hati yang tak dihargai habis lunyai. Terkadang hingga tiada rasa.

Aku cuba untuk bersangka baik pada setiap takdir yang Dia tetapkan. Inilah kehidupan yang Dia mahu ajarkan dan nampakkan. Dalam dunia ini pada siapa sebenanrnya perlu kau bergantung harap. Pada siapa sebenarnya perlu kau meluah segala meletakkan sandaran sepenuhnya? Berharap pada manusia kau pasti bertemu kecewa. Meminta pada manusia belum tentu mereka mampu tunaikan. Minta apa saja pada Dia ; Maha Mendengar, Maha Kaya, Maha Baik. Tentu dimakbulkan. Kalau bukan hari ini mungkin esok. Kalau tidak pasti digantikkan dengan suatu yang lebih baik yang tak pernah kau terlintas, yang tak pernah kau terjangkau akal. Ujian itu bukan untuk melemahkan malah sebenarnya lebih mendidik diri untuk lebih kuat menghadapi segala ujian dar Dia. Bukan saja-saja Dia berikan dugaan. Mungkin kita rasa terbeban dan berat untuk hadapi. Tapi sebenarnya tiap segala ujian yang menimpa itu atas kemampuan kita sendiri sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran. Kau dengan ujian kau. Dia dengan ujianya. Kita silap bila mahu dibanding-bandingkan ujian kau dan dia. Masing-masing mampu untuk lalui ujian masing-masing.

Perlu lebih bersyukur bila Allah hantar ujian terhadap kau. Ada yang ujiannya bertubi-tubi, Sebagai hamba kita haruslah redha dan paling sabar dan tabah dalam mengharunginya. Orang yang sabar ini Allah akan menampakkan 'cahaya' diwajahnya. Tenang di mata manusia lain. Besarnya ganjaran manusia yang tinggi kesabarannya. Bukan saja-saja Allah menciptakan ujian selain mahu dinaikkan darjat seseorang. Tidakkah kita mahu menjadi manusia yang terpilih yang Allah naikkan darjat dari manusia lainnya? Sabar kunci utama dalam segala hal. Sentiasalah bersangka baik dengan aturan Dia. Tidak ada satu perkara yang menjadi sia-sia. Segalanya pasti tersimpan hikmah dan nikmah di akhirnya nanti. Teruslah berpegang pada tali yang utuh dijalanNya. :)

No comments:

Post a Comment